Perlembagaan KBKKEAHLIAN
· Dibuka kepada semua murid SSTMI dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. · Permohonan menjadi ahli adalah dengan mendaftar pada Hari Pendaftaran. · Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan objektif Kelab Bimbingan dan Kaunseling GURU PENASIHAT · Guru Penasihat dilantik oleh pentadbiran sekolah · Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. AHLI JAWATANKUASA · Dilantik semasa Mesyuarat Agung. · Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa · Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. · Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. · Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGERUSI · Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan mesyuarat. · Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diambil tindakan sewajarnya. · Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester, penggal dan tahunan. · Membincangkan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. · Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke ssemasa. · Menolong Guru Pemimpin dalam menjayakan segala rancangan NAIB PENGERUSI · Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. · Memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya. · Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru pemimpin dari semasa ke semasa. SETIAUSAHA · Menyelaras semua kerja urusetia untuk merancang dan mengelolakan · Menguruskan hal-hal surat-menyurat. · Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti. · Mencatatkan kehadiran ahli-ahli · Mendapatkan maklumat terkini ahli. · Menyediakan laporan semester dan Laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Penasihat. · Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru *Penasihat dari semasa ke semasa. PENOLONG SETIAUSAHA · Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. · Bekerjasama dengan setiausaha. · Menjalankan tugas-tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha · Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. BENDAHARI · Menolong Guru Penasihat mengutip wang derma daripada ahli · Menguruskan segala kemasukan dan pengeluaran wang persatuan · Merekod dan menuliskan penyata kewangan dengan bimbingan GURU PENASIHAT · Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Penasihat. · Dalam hal pengurusan kewangan: · Menulis nama/tingkatan/nombor ahli semua ahli di dalam Buku Akaun. · Memasti Borang Kewangan 1 ditandatangani oleh ahli apabila menerima wang derma daripada ahli tersebut. · Menyerahkan wang kutipan derma kepada Guru Penasihat dan mengisi Borang Kewangan 2 sebagai bukti penyerahan wang. · Borang Kewangan1 dan 2 hendaklah disemak oleh Guru Penasihat dan selepas itu menyimpannya di dalam fail masing-masing. · ( Borang Kewangan 1 dan 2 juga digunakan untuk penerimaan dan pembayaran wang untuk perkara yang lain.) · Semua resit dan bil-bil hendaklah dimasukkan ke dalam fail yang perlu disimpan di sekolah. · Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara Kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. · Menyediakan penyata kira-kira tahunan serta menandatanganinya. · Menyediakan penyata kewangan untuk mesyuarat agung. · Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta semasa mesyuarat AJK. PENOLONG BENDAHARI · Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari · Membantu tugas-tugas Bendahari menyiapkan penyata kira-kira kelab/persatuan. AHLI JAWATANKUASA · Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan Sebaik mungkin. · Mempengerusikan jawatan kuasa kecil sekirannya dilantik. · Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat. JURUAUDIT *Memeriksa dan menyemak secara terperinci serta mengesahkannya sebelum mesyuarat agung persatuan/kelab KEWANGAN *Jumlah derma mingguan / bulanan / tahunan hendaklah ditentukan dalam Mesyuarat Agong serta mendapat persetujuan dari pihak pentadbir. *Tiada derma mingguan/bulanan/tahunan. *Persatuan/kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. *Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi menyertai aktiviti tersebut. PERATURAN *Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas. *Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh Guru Pemimpin hendaklah dipatuhi oleh semua ahli PENYERTAAN *Keahlian adalah daripada pelajar –pelajar SSTMI yang telah ditetapkan oleh pihak kokurikulum *Had Keahlian ialah 30 ahli. KEHADIRAN *Ahli dimestikan hadir pada hari aktiviti. *Kegagalan berbuat demikan sebanyak 3 kali berturut-turut akan dimaklumkan kepada ibubapa secara bertulis. *Peratus kehadiran perlu sekurang-kurangnya 70%. PAKAIAN *Tidak betentangan dengan peraturan sekolah Keselamatan dan Disiplin *Ahli hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturan Persatuan. Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum *Hendaklah dibawa oleh ahli setiap kali perjumpaan untuk merekod kehadiran dan aktiviti. Penggunaan Kemudahan dan Peralatan *Semua ahli bertanggungjawab menggunakan kemudahan/ peralatan sekolah dengan baik dan selamat. PERJUMPAAN / MESYUARAT AGUNG *Mesyuarat Agung diadakan pada bulan Jan untuk pemilihan dan pembentukan organisasi persatuan serta perancangan aktiviti- aktiviti. *Perjumpaan diadakan pada minggu ke-2 7 ke -3 pada hari Rabu pada jam 2.30 hingga 4.00 petang (Jika ada perjumpaan tambahan, laporan perlu di buat- nyatakan tarikh, masa, tempat, guru dan bilangan pelajar terlibat.) *Pelajar-pelajar dikehendaki memakai seragam sekolah/ uniform kelab setiap kali perjumpaan. *Kehadiran pelajar akan dicatatkan pada setiap kali perjumpaan diadakan. *Guru Pemimpin dan pelajar akan memastikan bilik perjumpaan dikemaskan sebelum bersurai. PENDAFTARAN PERSATUAN/ BADAN BERUNIFORM Persatuan / Badan Beruniform ini didaftarkan oleh Pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dengan syarat pendaftaran boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak untuk menambah atau meminda atau memansuhkan nama-nama peraturan dalam perlembagaan apabila perlu. |
Pengenalan KBKKelab Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan satu badan kokurikulum yang menganjurkan program perkembangan dan pencegahan demi pembangunan pelajar yang membantu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mencapai visi dan misi sekolah. Program yang dirancangkan meliputi bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepemimpinan dan bimbingan kelompok. Oleh itu pelbagai strategi perlu dirancang dan diaplikasikan bagi meningkatkan keberkesanan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.
Kelab Bimbingan Dan Kaunseling diharapkan sentiasa dapat diurus dengan baik, seterusnya menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkualiti dan menyeluruh kepada pelajar. Pelajar akan dapat dibimbing agar mencapai wawasan sendiri untuk kesejahteraan diri. Bukan sahaja aspek akademik, kokurikulum malahan aspek sahsiah diri. Pelajar dapat memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran diri untuk berhadapan dengan kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Kelab Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna dan berkesan kepada kesejahteraan hidup manusia. Ini adalah bahagian yang penting dalam matlamat pendidikan kebangsaan. RasionalUsaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu mendesak. Aktiviti Kelab Bimbingan Dan Kaunseling dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri. Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan efisen. Semua murid mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan sekiranya dibimbing dengan baik dan berkesan. Sehubungan itu, Kelab Bimbingan & Kaunseling SSTMI terus komited dan sepakat untuk melaksanakan program khas yang disusun berasaskan keperluan pelajar dalam penilaian sebelumnya.Program ini juga memberi penekanan kearah mengatasi kelemahan dan penambahbaikan terhadap program yang telah dilaksanakan sebelum ini.
|