|
Kelab Bimbingan dan Kaunseling di SSTMI merupakan satu badan kokurikulum yang menganjurkan program perkembangan dan pencegahan demi pembangunan pelajar yang membantu Unit Bimbingan Dan Kaunseling mencapai visi dan misi sekolah. Program yang dirancangkan meliputi bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepemimpinan dan bimbingan kelompok. Oleh itu pelbagai strategi perlu dirancang dan diaplikasikan bagi meningkatkan keberkesanan Kelab Bimbingan dan Kaunseling.
Continue reading »..........
|
VISI
Kelab Bimbingan dan Kaunseling menerapkan budaya saling membantu dalam diri para pelajar menjelang 2015 MISI Menerapkan nilai kasih sayang dan nilai keutuhan serta melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berhemah tinggi sejajar dengan misi dan visi sekolah Bimbingan dan Kaunseling menjana ke arah kecemerlangan pelajar
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
|